Page 4 - Katalog Penerbit UPM
P. 4

Prakata

          PENGARAH PENERBIT




                      Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
                      Selamat datang ke Pusat Penerbit Universiti UPM.
                      Pusat Penerbit Universiti UPM telah ditubuhkan bagi menyokong matlamat UPM menjadi Universiti Penyelidikan
                      yang terkemuka di Malaysia. Pusat Penerbit Universiti UPM berusaha ke arah pemerkasaan dan pemantapan
                      minda, kognitif dan keilmuan yang tinggi. Ini adalah selaras dengan tuntutan al-Quran iaitu Tatadabbarun dan
                      Tatazakkarun. Pusat Penerbit Universiti UPM turut komited ke arah membangun dan membina Tamadun Negara
                      ke tahap yang tinggi serta memberikan kesedaran kepada semua pihak tentang pentingnya budaya perbukuan
                      dan keilmuan dalam kalangan masyarakat.

                      Sebagai Pengarah, besar harapan saya agar Pusat Penerbit Universiti UPM memperbanyakkan genre penerbitan
                      tanpa mengabaikan fokus utama dalam penerbitan ilmiah berasaskan penyelidikan dalam bahasa Melayu dan
                      bahasa Inggeris yang bermutu tinggi. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua staf Pusat
                      Penerbit Universiti UPM yang telah bekerja keras selama ini dalam mengekalkan kualiti penerbitan selama ini.
                      Adalah diharapkan agar usaha-usaha penerbitan ilmiah ini dapat disalurkan kepada seluruh masyarakat. Saya
                      juga turut mengalu-alukan cadangan serta pandangan supaya menjadi sumber rujukan berguna buat warga
                      Pusat Penerbit Universiti UPM.
                      Pusat Penerbit Universiti  UPM akan terus komited demi memartabatkan budaya membaca dalam kalangan
                      masyarakat dengan penghasilan karya yang menarik, bermanfaat, bermutu dan berkualiti.
                      Terima Kasih!
                      PROF. Ir. Ts. Dr. MOHAMED THARIQ BIN HAMEED SULTAN
                      Pengarah
                      Pusat Penerbit Universiti
                      Universiti Putra Malaysia
   1   2   3   4   5   6   7   8   9